Monday, September 14, 2009

SPRING DI HAGLEY PARK, CHRISTCHURCH
















Salam semua warga konsai,







Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita semua hampir ke penghujung Ramadhan. Walau bagaimanapun sambutan Raya bagi keluarga kami di NZ tak dpt nak dijangkakan. Anak2 dijangkiti Measles. Cuma yg bongsu dah sembuh sbb dia yg mula2 kena. Tapi tak mengapalah kena sekali gus semuanya. Lagipun di NZ pada masa ni tak panas, jadi taklah menggaru je. Cepat baik pulak tu.
Ramadhan kat sini meriah. Hampir tiap2 hari berbuka di Pusat Islam (bekas Gereja yg dibeli oleh org Melayu kita) terus berjamaah Maghrib, Isya' dan Tarawikh. Sabtu Ahad ada je moreh. Macam2 juadah ada dari berbagai negara. Qiamullail di Pusat Islam pun dah start cume tak berkesempatan je nak pergi (2 pagi mula).Persiapan raya pun macam2. Selain jamuan, solat raya dan takbir raya, aktiviti utk anak2 termasuk goodie bags, nasyid, kuiz, slides presentation, quran recitation, Iqra' etc. Hadiah lumayan menanti. Sabtu dah start rehearsal. So, masa bnyk dihabiskan kat Pusat Islam. Takbir raya rumah ke rumah pun ada utk family postgrad pada malam raya.
Sekarang ni tengah musim bunga. Banyaklah pokok bunga yg keluar bunganya termasuklah kat rumah yg kami pun tak tau namanya. Cantik2 belaka. Gambar2 di atas tu kami ambik Jumaat lepas, sehari sebelum anak2 kena chicken pox. Hagley Park tu taman terbesar di NZ. Dekat ngan city. Masa tu dah dekat senja. Sekali on d way to Pusat Islam untuk berbuka puasa. Musim sejuk hari tu kurus dibuatnya, habis lemak2 terbakar nak cover body sejuk. Mana taknya suhu sampai negative degree. Waktu ni, sayur2an murahlah. Dptlah bawah NZ$1 sebiji kobis, cauliflower, brocolli etc. Kat rumah ni pun ada gak beberapa jenis tanam sendiri. Seronok berkebun di NZ sebab senang jadi. Tambahan pulak ada kawasan sikit kat rumah ni utk bercucuk tanam. Tanahnya hitam dari gunung berapi. Antara yg ditanam ialah strawberry, saderi, daun bawang, brocolli, pak choy, cauliflower, daun kesum dan jagung akan menyusul.
Setakat ni dulu. InsyaAllah esok kita sambung lagi... tajuk musim salji (flashback). Lepas tu .....
Wassalam dari konsai NZ...

No comments: