Tuesday, December 27, 2011

PERKAHWINAN SYAMAL






majlis menyambut menantu pada 25.12.2011 di Dewan Kolej Insaniah,Alor Setar,Kedah.

Monday, December 19, 2011

pengumuman

pengumuman pengumuman!
kenduri kahwin Syamal b Abd Wahab akan diadakan di Alor Star, Kedah.
semua warga konsai dijemput hadir pada 25 Disember 2011 hari ahad.
sila hubungi Abdul Wahab 019-4436212.
homestay disediakan pada 23 Disember 2011 dan 24 Disember 2011.

konsai menyambut kepulangan Ucu Jaafar dan family dari New Zealand

konsai menyambut kepulangan Ucu Jaafar dari new zealand. jam 7.20 pagi, pesawat MAS dari Auckland, New Zealand telah selamat membawa Ucu Jaafar dan keluarga kembali ke tanah air dan telah disambut oleh semua warga konsai di KLIA.





makan durian di sungai kelah

konsai makan durian di sungai kelah pada 26 november 2011. konsai2 termasuk mak ngah yg pulang dr mekah sempat singgah di sungai kelah untuk ziarah dan makan durian.







konsai pulang dari mekah

alhamdulillah syukur.. mak ngah, pak uda dan mak uda telah selamat kembali dari mekah pada 25 november 2011. mendarat pada jam 9.20 malam. ramai konsai2 telah menyambut mereka di KLIA. :)

Tuesday, October 25, 2011

KONSAI BERHIMPUN DI KOMPLEKS TABUNG HAJI




Pada 11 Oktober 2011, seramai 42 orang saudara-mara telah berhimpun di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk menghantar MAK NGAH, UDA JAILANI dan SALMIAH untuk berangkat ke tanah suci MEKAH. Seawal 3.30 petang, KONSAI telah datang berhimpun di kompleks tersebut. Tepat jam 9.30 malam, MAK NGAH, UDA JAILANI dan SALMIAH telah daftar masuk. KONSAI- KONSAI bersalam-salaman, memohon ampun maaf serta melambaikan tangan untuk mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dan mendoakan selamat menunaikan ibadah haji dan pulang semula ke tanah air dengan selamat dan mendapat haji yang MABRUR.
AMIN.....

Wednesday, October 12, 2011

MAJLIS DOA SELAMAT DAN TAHLIL




Majlis Tahlil dan Doa Selamat Telah Diadakan Pada Hari Ahad (09/10/2011) Di Kampung Sg. Tukang Sidin, Perak Sempena Keberangkatan NYAH SASIAH, UDA JAILANI dan KAK UDA SALMIAH Untuk Menunaikan Haji Pada Hari Selasa (11/10/2011). Semua KONSAI-KONSAI Telah Hadir dan Sama-Sama Menjayakan Majlis Tersebut dan Kejasama Anda Sangat Tinggi dan Amat Dihargai.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami ucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Kita berkampung dari 1-4 Syawal
di Kampung Sungai Tukang Sidin.

Monday, August 15, 2011

SNOW DI NZ 2011

Salam warga Konsai

Dengan izin dan rahmat Allah telah turun salji dua kali tahun 2011 ini. Satu pengalaman yang belum kami rasai semenjak menjejak kaki di bumi NZ. Alhamdulillah dapat juga merasai kelembutan salji hinggap di pipi sebelum pulang semula ke tanah air insyaAllah akhir tahun ini. Kali pertama salji turun ialah pada 24 Julai lalu. Ketika butiran salji mula turun kami telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan percutian pertama menaiki campervan ke Hanmer Spring bersama keluarga ipar yang datang bercuti. Tiba di holiday park, salji sudah agak lebat. Anak-anak gembira bermain salji. 3 hari 2 mlm stranded di sana tidak boleh bergerak ke tempat lain. Pulang semula ke rumah salji masih tebal di sekitar rumah. Anak2 enjoyed pula main salji di rumah sendiri. Salji pada kali pertama turun lebat dlm satu hari tapi terus panas kemudiannya. Kali kedua 14 Ogos (semalam) sebaik selesai solat terawikh di Pusat Islam, salji turun dengan lebatnya. Bergegas kami pulang tapi di dalam perjalanan masih ada kawasan yang belum dituruni salji. Salji kali ini didahului dengan perubahan suhu yang agak ketara. Seminggu sejuk diikuti panas terik semalam dan tiba2 diikuti hujan batu di waktu tengah hari dan sekali lagi sebelum turunnya salji di malam hari. Kali ini diramalkan salji berlarutan sehingga Khamis dan mungkin disertai blizzard bermakna keadaan salji yang lebih teruk dengan disertai angin kuat dan boleh menghalang kejelasan penglihatan. Pada ketika ini kedengaran deruan angin dari celahan tingkap. Anak-anak yang agak kebal sedang berusaha mendirikan snowman. Yang lain2 menghabiskan masa dengan aktiviti indoor. Christchurch paralyse buat seketika. Sekolah, universiti, airport dan pejabat2 ditutup buat sementara sehingga diberitahu. Bekalan makanan telah kami dapatkan segera cuma roti saja gagal diperolehi. Mat Saleh kiwi dan Maori dah sapu habis semuanya. Diharap salji yang melanda hampir seluruh New Zealand pada tahun ini iaitu paling teruk selepas 16 tahun mampu kami lalui. Suhu ketika ini di bawah 1 darjah. InsyaAllah dengan heat pump kami bertahan. Moga tiada gangguan elektrik yang boleh menjejaskan tahap ketahanan kami. Salji yang terlampau berat boleh menyebabkan tiang elektrik tumbang. Itu yang ditakuti. Walaupun sebenarnya sudah pun masuk musim bunga tapi inilah New Zealand. Empat musim dalam sehari tidak mustahil seperti yang berlaku semalam. Apa2pun pengalaman ini adalah satu memori penuh bermakna buat kami sekeluarga.

Friday, January 21, 2011

AL-FATIHAH

Ayahanda/Ayah Chik/Tok Chik/Onyang 

Dayan bin Juha telah kembali ke rahmatullah pada hari sabtu 15 Januari 2011 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Chikus.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan ahli syurga.

AMIN..