Salam 'Idulfitri buat semua warga konsai. Maaf zahir batin. Sedikit rakaman suasana hari raya dipaparkan kali ini buat tatapan. Alhamdulillah meriah juga sambutan di sini. Cuma Along, 'Afif & Fikrie tak dpt nak join sbb masih belum pulih sepenuhnya-hanya berjalan ke 2 buah rumah kwn baik. Pagi raya aktiviti bermula di Christchurch Islamic Communitee (CIC) Center dgn bacaan takbir, solat 'idulfitri, jamuan dan acara anak2. Selesai sahaja di CIC terus beraya ke rumah kawan2 sehingga mlm. Memang letih dibuatnya. On the 2nd day, sambutan diadakan di dewan yg disewa oleh pelajar2 Msia (undergrads & postgrads yg semuanya hampir 300 org tak termasuk anak2). Bnyk makanan disediakan secara gotong-royong. Rasanya apa yg biasa ada di Msia tu ada di sini e.g. nasi impit, rendang, soto, laksa penang, laksa Johor, lontong, kuah kacang, nasi minyak, satay, lemang etc. Tapi Ucu Apa je yg pergi. Mak usu ke ofisnya sbb nak prepare utk pilot test pagi tadi (test instrument guna satu kelas pelajar di uninya). Ziarah rumah ke rumah menyusul sehingga ke mlm. Rumah kami setakat ini hanya menerima tetamu kwn rapat yg tak kisah anak kena chicken pox. InsyaAllah mlm esok baru jamu betul. Nak buat weekends, Ucu Apa keje pulak. Hari ni raya ketiga, aktiviti menziarah kawan2 masih diteruskan, al-maklum ramai pelajar Msia di sini sbb ada 2 buah universiti berdekatan. Keluarga postgrads saja hampir 50 buah keluarga. Rasanya di Msia pun x berjln sebanyak di sini. Pendek kata, memang meriah cuma keluarga konsai tiada di sisi. InsyaAllah, dengan doa' kalian dipermudahkan kajian PhD mak usu dan bolehlah kami beraya semula bersama keluarga di sana. Akhir kata, kami sekeluarga menyusun jari jemari (nak hulur tak sampai) memohon maaf pada semua keluarga konsai yg jauh di mata, dekat di hati. Wassalam...
Tuesday, September 22, 2009
Wednesday, September 16, 2009
MUSIM SALJI YG LALU
Salam utk semua warga Konsai walau di mana anda berada.
Kami sekeluarga di Christchurch menjalani kehidupan seperti biasa walaupun anak-anak terkena Chicken Pox. Nasib baik sini sejuk tak lah teruk sangat anak-anak nak garu sebab gatal. Irdhina dah ok dan gi ke Tadika tapi yg lain masih cuti sampai 2 minggu termasuk Hari Raya ni. Susah juga nak gi mesjid CIC dan berhari raya ke rumah kawan-kawan kalau tak sembuh nanti takutkan virus ni kena ke org lain. Ayam dah beli drp kawan Melayu yg bekerja di pusat ladang sembelih ayam sebyk 5 ekor nak masak rendang. Kuih dah siap 3 jenis dan maybe banyak lagi nak dibuat termasuk mee rebus, nasi impit dsbnya.
Gambar kali ini tentang tema musim salji. Waktu bermula musim sejuk akhir bulan Mei. Cuaca tersangat sejuk macam duduk dlm peti ais. Manakan tidaknya suhu tgh hari 1 djh C dan mlm pula negatif 4 C. Mengeleto rasa badan keras kaku kebas tangan dan kaki dan serba serbi tak lancar. Masak air panas tuang aje dah sejuk dan pegang periuk pun tak payah guna pelapik atau sarung tgn. Mulut pula asyik berasap-asap. Nampak best aje tapi banyak masalah masa sejuk terutama tak larat nak mandi tapi bab makan sedap aje ... perut rasa lapo. Bil letrik naik melambung sebab guna alat pemanas aje siang malam. Macam duduk dlm kukus. Tapi tahun ni di bandar ni tak turun salji. Kawan-kawan kata 2 tahun sekali. Surat khabo sini ada beritahu tahun dpn 2010 di ramalkan salji dan hujan paling lebat dlm sejarah di Christchurch selepas tahun 1945 dulu. Doa-doa le kami di sini jangan kena musibah nanti.
Masa pegi main salji tu mula cuti sekolah 11 Julai 2009 lalu. Tempatnya di kawasan kaki pergunungan Alps di Pulau Selatan NZ. Nama tempat tu Springfield tapi tak sampai lagi ke Potter Heighth. Sepanjang jalan penuh salji nampak geragok aje sebab tak pernah tengok dan rasai betul-betul. Tasik pun beku airnya. Rasa seram sejuk sepanjang jalan kerana permukaan jalan ada salji dan tebing curam pula. Kami bertolak dari rumah kul 9.00 pagi bersama-sama family pensyarah UPSI(keluarga kami tumpang mula dtg sini) yg tahu jalan dan sampai kul 10.00 pg. Cadang memang nak naik puncak gunung tapi ada sekatan jalan raya. Hanya kereta yg pasang snow chain aje yg boleh naik. benda ni nak beli tak ada jual pula di situ dah le mahal jadi kena beli atau sewa di Christchurch City. Hari tu salji sangat tebal jalan licin tapi ada cahaya matahari. Tak ada le salji turun depan mata.
Jadi bebudak tu tak sabar nak main salji bagi can main aje kat tepi jalan. Memang seronok le tapi lepas tu lapo dan nak makan. Cari le tempat nak makan nyaris bawa makanan dr rumah. Jumpa juga kawan-kawan dr Msia. Dia pun tak boleh naik puncak gunung jadi makan le di kawasan lapang. Semua makanan sejuk aje tapi dah lapo bedal aje ,,,, sedap betul - nasib ada bawa teh o panas yg tak panas. Dah puas main jam kul 3.00 ptg mula cadang nak balik sebab dah sangat sejuk, bibir pucat aje. Baju basah habis kena ais. Tapi rasa seronok sebab ramai org dtg sini, macam-macam ragam mereka. Org putih pun geragok juga macam kami macam tak pernah main salji. Masa nak balik kete Honda Odyssey tu tiba-tiba aje tayar berpusing tak boleh naik bahu jalan. Suspen di buatnya macam naik ketul ais. Cari jalan kena fikir dpt akal guna cara brek dulu , tukar gear undur dan strettkan stering. Waktu ni siang mula kul 8.00 pagi dan dah malam kul 5.00 ptg.
Hari esok ada anak dah mula demam dan batuk. Hari ketiga semua sekali demam dan batuk kecuali emaknya aje. Yg teruk batuk macam org main kompang aje dalam rumah ni. Maka habislah cuti sekolah 2 minggu sebab bahana penyakit dari main salji. Anak-anak mulanya memang nak cadang nak pegi lagi minggu depannya tapi bila dah sakit semua tak larat. Tapi tak tahu le musim akan dtg.
Ok le setakat ni dulu dr NZ.
Sempena nak raya ni kami di sini sekeluarga mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Jaafar bin Md Napis,
26, Twyford Street,
Bishopdale,
Christchurch 8053,
New Zealand.
Tel rumah : 0064- 03 -359 3365
Handphone: 0064- 021- 176 3548
e-mail : jaafar65@gmail.com
Monday, September 14, 2009
SPRING DI HAGLEY PARK, CHRISTCHURCH
Salam semua warga konsai,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita semua hampir ke penghujung Ramadhan. Walau bagaimanapun sambutan Raya bagi keluarga kami di NZ tak dpt nak dijangkakan. Anak2 dijangkiti Measles. Cuma yg bongsu dah sembuh sbb dia yg mula2 kena. Tapi tak mengapalah kena sekali gus semuanya. Lagipun di NZ pada masa ni tak panas, jadi taklah menggaru je. Cepat baik pulak tu.
Ramadhan kat sini meriah. Hampir tiap2 hari berbuka di Pusat Islam (bekas Gereja yg dibeli oleh org Melayu kita) terus berjamaah Maghrib, Isya' dan Tarawikh. Sabtu Ahad ada je moreh. Macam2 juadah ada dari berbagai negara. Qiamullail di Pusat Islam pun dah start cume tak berkesempatan je nak pergi (2 pagi mula).Persiapan raya pun macam2. Selain jamuan, solat raya dan takbir raya, aktiviti utk anak2 termasuk goodie bags, nasyid, kuiz, slides presentation, quran recitation, Iqra' etc. Hadiah lumayan menanti. Sabtu dah start rehearsal. So, masa bnyk dihabiskan kat Pusat Islam. Takbir raya rumah ke rumah pun ada utk family postgrad pada malam raya.
Sekarang ni tengah musim bunga. Banyaklah pokok bunga yg keluar bunganya termasuklah kat rumah yg kami pun tak tau namanya. Cantik2 belaka. Gambar2 di atas tu kami ambik Jumaat lepas, sehari sebelum anak2 kena chicken pox. Hagley Park tu taman terbesar di NZ. Dekat ngan city. Masa tu dah dekat senja. Sekali on d way to Pusat Islam untuk berbuka puasa. Musim sejuk hari tu kurus dibuatnya, habis lemak2 terbakar nak cover body sejuk. Mana taknya suhu sampai negative degree. Waktu ni, sayur2an murahlah. Dptlah bawah NZ$1 sebiji kobis, cauliflower, brocolli etc. Kat rumah ni pun ada gak beberapa jenis tanam sendiri. Seronok berkebun di NZ sebab senang jadi. Tambahan pulak ada kawasan sikit kat rumah ni utk bercucuk tanam. Tanahnya hitam dari gunung berapi. Antara yg ditanam ialah strawberry, saderi, daun bawang, brocolli, pak choy, cauliflower, daun kesum dan jagung akan menyusul.
Setakat ni dulu. InsyaAllah esok kita sambung lagi... tajuk musim salji (flashback). Lepas tu .....
Wassalam dari konsai NZ...
Subscribe to:
Posts (Atom)