Salam 'Idulfitri buat semua warga konsai. Maaf zahir batin. Sedikit rakaman suasana hari raya dipaparkan kali ini buat tatapan. Alhamdulillah meriah juga sambutan di sini. Cuma Along, 'Afif & Fikrie tak dpt nak join sbb masih belum pulih sepenuhnya-hanya berjalan ke 2 buah rumah kwn baik. Pagi raya aktiviti bermula di Christchurch Islamic Communitee (CIC) Center dgn bacaan takbir, solat 'idulfitri, jamuan dan acara anak2. Selesai sahaja di CIC terus beraya ke rumah kawan2 sehingga mlm. Memang letih dibuatnya. On the 2nd day, sambutan diadakan di dewan yg disewa oleh pelajar2 Msia (undergrads & postgrads yg semuanya hampir 300 org tak termasuk anak2). Bnyk makanan disediakan secara gotong-royong. Rasanya apa yg biasa ada di Msia tu ada di sini e.g. nasi impit, rendang, soto, laksa penang, laksa Johor, lontong, kuah kacang, nasi minyak, satay, lemang etc. Tapi Ucu Apa je yg pergi. Mak usu ke ofisnya sbb nak prepare utk pilot test pagi tadi (test instrument guna satu kelas pelajar di uninya). Ziarah rumah ke rumah menyusul sehingga ke mlm. Rumah kami setakat ini hanya menerima tetamu kwn rapat yg tak kisah anak kena chicken pox. InsyaAllah mlm esok baru jamu betul. Nak buat weekends, Ucu Apa keje pulak. Hari ni raya ketiga, aktiviti menziarah kawan2 masih diteruskan, al-maklum ramai pelajar Msia di sini sbb ada 2 buah universiti berdekatan. Keluarga postgrads saja hampir 50 buah keluarga. Rasanya di Msia pun x berjln sebanyak di sini. Pendek kata, memang meriah cuma keluarga konsai tiada di sisi. InsyaAllah, dengan doa' kalian dipermudahkan kajian PhD mak usu dan bolehlah kami beraya semula bersama keluarga di sana. Akhir kata, kami sekeluarga menyusun jari jemari (nak hulur tak sampai) memohon maaf pada semua keluarga konsai yg jauh di mata, dekat di hati. Wassalam...
No comments:
Post a Comment