Monday, December 29, 2008

Selamat Hari Jadi - December

Ucapan Selamat Hari Jadi utk ahli2 yg menyambut ulangtahun masing2 dalam bulan Disember ini.
1) Arbain b. Tamam - 29/Dec dan anaknya
2) Nazrul Farah Ain b. Arbain - 19/Dec
3) Saniah bt. Tamam - 16/Dec
4) Syed Omar b. Syed Mohd Hida(suami Puan Rosmawati bt. Tamam) - 7/Dec
Harijadi December ni nampaknya khas utk Keluarga allahyarham Tamam.
5) Haslina bt Dayan - 1/Dec
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Insyaallah..........amin.

Thursday, December 18, 2008

Majlis Kahwin "Bukhari+Natasha"

Sabtu(13Dis08), berlangsung akad nikah Anak Lelaki Sulong Yong Biah- M.Bukhari bin Hj. Ismail dgn pasangangnya Natasha binti Ibrahim.Majlis akad nikah diadakan di masjid Kpg Dato Harun.
Gambar 3: Saksi 25 kat tengah tu nampak sgt focus.Teringat masa dulu ke bro...






Ahad(14Dis08), Majlis persandingan dua mempelai dilangsungkan di Dewan Sri Nilam Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.Ini adalah majlis sebelah perempuan.Pihak lelaki khabarnya akan adakan majlis dalam bulan Mar'09.









Koleksi Gambar Ucu Sekeluarga

Berita Terkini Dari Christchurch New Zealand!

Mail Received On..

Wednesday,
December 17, 2008
4:40 PM


Asslamualaikum...

Kami di sini kurang sihat sikit sbb masuk musim panas ni
tapi cuaca tak tentu kejab hujan dan panas. Alieya yang mula kena
demam dan muntah semalam dah tapi pegi jumpa doktor Filipina. Dia kata tak ada
apa2 cuma letih. Baru lepas balik jalan2 . Tapi kena caj 15 dolar nz + satu
suntikan ubat tahan muntah. Lepas tu kena beli ubat air garam tahan
muntah di Farmasi harga 20 dolar tapi kerajaan bagi subsidi hanya bayar 3
dolar. Itupun doktor tu tolong kami sebab sama dari Asia dan dia tulis
rakyat NZ ada PR. Nasib duduk ditempat orang. Semalam terus buat
Insurans perubatan di Univ. Centerbury dan bayar 445 dolar NZ. Gunanya
jika sakit ,kena bayar dulu kemudian baru boleh claim dr kerajaan
Malaysia.

Abang wahab ,kak munah, Yazmie dan 2 org kawannya datang ke sini.
Mereka b'tolak dr Australia 5.00 ptg dan sampai ke lpgn terbang
christchurch pukul 11.10 mlm dan sampai rumah kami 11.30 mlm. Mlm tu
makan mee kari aje. Pagi esoknya berebut bilik air sebab ada satu aje.
Pagi Sabtu 13 Dis , makan nasi lemak dan kemudian ke Lyytelton tengok
pemandangan yg cantik di situ. Lalu terowong yang sgt panjang dan
tengok bandar Christchurch dr jauh. Tiba di tempat tu ada pasar tani
jual macam2 brg pertanian. Dah puas dlm 12.30 tghari pegi ke tgh bandar.
Sini kena bayo parking kete 2.60 dolar sejam. Ada tempat pelancongan
yg menarik, antaranya keretapi TRAM dan kereta kabel GONDOLA yg memang
terkenal. Beli tiket boleh guna 2 hari tapi agak mahal mcm kami 2
dewasa 3 kanak2 dan 2 org bwh 5 th percuma. Kena byo 80dolar tapi
tiket hilang nak naik GONDOLA tu, tak ape le dah naik TRAM aje tak ada
rezeki. Yazmie dan kwnnya naik perahu PUNTING. Jalan2dekat situ ada
CATHEDERAL SQUARE, MUZIUM , dan beli belah. Fikrie nangis sgt kuat tak
sempat abg + kak munah nak shopping habis. Maka buat keputusan balik
rumah. Petang lps makan gi Taman bunga Ros MONA VALE sangat cantik sb
banyak bunga kembang. Kami tangkap gambar di sini. Malam tu makan nasi
di rumah Mat dan Mas tempat kami mula sampai sini. Selera le makan
daging bako cicah air asam. Abg Wahab risau juga sbb tak bawa ubatnya .
Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Balik rumah letih lps sbyag isyak 11
mlm sembang sikit 12.30 mlm tido.

Hari Ahad 14 Dis makan pagi mee goreng popia goreng, fish
fingers. Lepas makan Yasmie dan kwnnya cari kete sewa lain nak gi
tempat lain yang abg Wahab dan kak Munah tak nak pegi sebab jauh dan
bahaya. Nama tempat tu MOUNT COOK. Jadi kami gi le ke tempat jualan
pelbagai jenis brg dr yg antik sampailah yang baru2. Abg + kak munah enjoy
aje walaupun angin bertiup sgt kencang. Sampai situ 10.30 pagi dan
balik pukul 2.30 ptg dgn rasa sangat letih tapi pengalaman menarik.
Abg nak beli brg byk takut tak lepas kastam nanti. Sini ada jual Madu
jenis MANUKA yg sgt popular di N.Z. Ada jual baju perang dan senjata
pedang siap dgn demontrasi sekali masa suasana perang. Petangnya pula
pegi rumah Khairudin dan Ita pensyarah USM dah lebih 6 tahun duduk
sini. Dia beli rumah dgn harga 246,000 dolar.sb anaknya ramai 6 org susah
nak sewa rumah. Makan bihon goreng + ayam goreng. Abg+ kak Munah
tangkap gambar depan pokok epak, cerry , strawberry dan yg hebat tu
pokok dadah marijuana.Org tanam pokok dadah ni sb bunganya cantik dan
buahnya ada biji kas utk masak kari mamak. Balik mlm tu rehat sembang
sampai 1.00 pg.

Hari Isnin 15 Dis pagi tu hanya sarapan ringan sebab nak pergi
berkelah ke AKAROA yg maksudnya bahasa Maori -long harbour. Kul 8.00
pg dah bertolak cadang nak tiba awal. Tgh jalan hujan dan sejuk.
Cadang nak singgah kilang buat minyak lavender tapi belum buka lagi.
Pemandangan sepanjang perjalanan sgt cantik lereng bukit dgn binantang
ternakan dan tanaman. Bila dan dkt nak sampai ke situ singgah dulu
Little River tempat rehat dan brg kraf tgn org Maori. Tengok map tapi
masa tu hujan pula. Sgt sejut hingga suhu enjin kete bawah takat macam
nak mula stat. Abg wahab suruh patah balik sb bahaya. Rasa juga bahaya
tapi keadaan ni tak pernah dpt di mana2. Bila dan turun dr puncak tu
baru nampak cerah dan permandangan sgt cantik. Gear kete guna low
takat 2 itupun masih laju hingga bau tayar berasap dibuatnya. Nasib le
tak ada apa-apa pada kete HONDA ODDYSEY tu ..Hari masih hujan tapi
along dan angah afif dah muntah tewas ditgh perjalanan ke sini. Cari
tempat nak naik Black Cat Cruises di Akaroa. Kami kena bayon 174 dolar
tak masuk abg dan kakak. Memang seonok bila dah sampai tgh tasik dkt
laut tu ada dolphin yang main2 dkt tepi kami. Lepas tu ada penguin,
burung Seagull dan gerbang laut, gua dan tumbuhan laut. Masa didlm
cruises tu dkt lebih 2jam. Cuaca tak baik jadi balik ke darat dpt
balik duit tiket dlm 120 dolar. Lepas tu apa lagi makan le makanan yg
dibawa, sedap dah lapo, hanya ada pun sambal udang, ikan sardin telor aje. Masa balik singgah kilang buat keju. Lepas tu cari juga kilang
minyak lavender tapi dah tutup. Jadi terus aje balik ke Christchurch.
Belum balik rumah lagi pergi pula ke Cassmare iaitu tempat org kaya
dan ada taman mainan di puncak bukit. Balik nak singgah masjid yang
dulunya gereja di beli oleh pak Ishak org Malaysia. Malam ni makan di
rumah pensyarah USM tu ada ikan masak pelbagai rasa, kari terung dan
ikan masin. Sangat selera.

Esok selasa 16 Dis, pagi 6.00pg pegi tengok ladang biri dan alpaca.
Abang terlupa nak ambil gambar binatang ni. Balik rumah sarapan pagi.
Lepas tu gi beli belah lagi. Makan tengah hari lauk ikan salmon
panggang yg Yazmie beli di Mont Cook, kepah masak gulai lemak, sambal
tumis udang. Dlm pukul 1.30 hantar mereka ke airport sebab dah nak
balik ke Australia. Masa tiba sangat sibuk. Mereka pun selamat masuk
dan berlepas sebagai keluarga yang PERTAMA sampai ke rumah kami alamat
26 Twyford Street, Bishopdale, Christchurch 8053, New Zealand. Tel
rumah 0064- 03 359 3365 dan handphone 0064 - 021 176 3548.

salam perantauan, doakan kami selamat dan sihat, amin.

Maaf jika ada kesilapan.

Friday, December 12, 2008

Khabar Dari New Zealand!

Oleh Jaafar Md Napis
jaafar65@gmail.com

mail received on

Thursday,
December 11, 2008
2:25 AM


Assalamualaikum..

Kami disini semua sihat. Tengah tunggu waktu maghrib. Tadi telefon kak uda ,Cain dah operation petang semalam. Waktu ni nyah tunggu dia di wad. Mungkin dia kena tinggal 2/ 3 hari lagi. Tapi mungkin nyah tak berapa sihat sebab dia kata darah tingginya naik sikit. Cuma sesiapa yang jumpa nyah suruh dia pastikan makan ubat ikut waktu.

Kami di sini setiap masa dah mula sibuk sikit. Pagi 8.20 hantar anak Fikrie ke tadika Kidfirst sampai pukul 11.30 pagi kecuali rabu dan jumaat 12.30 t/h. Irdhina masuk 12.45 hingga 3.15 ptg. Alieya 9.00 pg hingga 3.00 ptg dan Afif masuk sek jam 8.45 pagi hingga 3.00 ptg. Di sini takkena bayar yuran sekolah sebab shidrah belajar PhD semua diberi. Cuma kena beli uniform agak mahal. Kalau Along skirt panjang 189 dolar n Zealand. Tapi boleh cari pakaian second hand. Di sini ada jual barang-barang murah masa hujung tahun atau di pejabat.

Tapi yang seronoknya di sini ada saja kawan-kawan yg buat open house. Kalau daging lembu sampai dah ada yang tak larat nak makan. binatang lebih banyak/ berjuta2 dari manusia. Hari raya haji baru ni pergi juga jalan-jalan rumah kawan-kawan sampai malam dan tak larat nak makan dibuatnya. Akhirnya rombongan tu sampai ke rumah kami. Jadi buat le nasi minyak segera bawa dr Malaysia dan masak nasi lemak tapi ikan bilis dari Chow Kit. Mereka kata sedap tambah pula ada ikan masin bulu ayam dan kacang kuda. Bersurai sampai pukul 11.00 mlm tapi sangat sejuk suhu 7 djh C campur angin kuat.

Keadaan rumah pula memang agak pelik di sini. Kalau anak ramai orang tak berapa nak bagi sewa. Tapi alhamdulillah sebab dtg dah hujung tahun dan pelajar univ. mula bercuti. Harga rumah pun dah mula murah tapi kena juga bayar 300 d nz seminggu. Dapat rumah agak luas kena potong rumput dan siram pokok-pokok bunga. Ada garage dan disebelahnya ada bilik tambahan dikenali sleepout. Ada stor barang dengan alat-alat merumput. Di sini tak ada jual cangkul, jadi kena guna skop aje. Kalau sejuk sangat kena guna heatpump yang panaskan rumah sama spt alat aircond. Tapi ada juga beli fin heater untuk guna di bilik. Ini beli murah 5 dolar aje masa Sunday Market. Perabut beli masa hari Sabtu kena baca dari akhbar dan tengok peta utk cari rumah yang jual barang yang perlu. Kalau orang china nak balik ada banyak brg jual. Kami jumpa cina dari Temerloh nak jual kerusi makan dan katil kena bayar 350 d nz. Mesin basuh beli dr org cina juga 100 d nz. Peti ais tengok dlm garage ada elok lagi cuci dan boleh guna.

Sekarang ni musim nak raya Krismas banyak jual murah yg jual. Kebanyakan brg dijual separuh harga. Itu sebab kalaunak beli barang kena tengok iklan yang dihantar ke rumah selalu. Coklat yg besar tu harga hanya 2.50 aje. Susu segar asli 2 liter hanya 2.60 dan selalu beli di kedai org India. Tadi beli ikan Soloman 2 ekor untuk dijamu masa abang Wahab nak dtg esok. Dia bertolak dr Australia jam 5.00 ptg dan tiba 11.00 mlm. Nak carikan kereta sewa 4wd sewa sehari 64 d nz. Mereka nak melancong agak jauh hingga Mount Cook . Tapi kamipun nak bercuti ke sebelah utara pulau ini tapi hanya berkhemah dgn kawan-kawan yang ada keluarga dr 24dis ni. . Nanti certa lagi. Kirim salam semua semoga sihat selalu.