Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami ucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Kita berkampung dari 1-4 Syawal
di Kampung Sungai Tukang Sidin.

Monday, August 15, 2011

SNOW DI NZ 2011

Salam warga Konsai

Dengan izin dan rahmat Allah telah turun salji dua kali tahun 2011 ini. Satu pengalaman yang belum kami rasai semenjak menjejak kaki di bumi NZ. Alhamdulillah dapat juga merasai kelembutan salji hinggap di pipi sebelum pulang semula ke tanah air insyaAllah akhir tahun ini. Kali pertama salji turun ialah pada 24 Julai lalu. Ketika butiran salji mula turun kami telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan percutian pertama menaiki campervan ke Hanmer Spring bersama keluarga ipar yang datang bercuti. Tiba di holiday park, salji sudah agak lebat. Anak-anak gembira bermain salji. 3 hari 2 mlm stranded di sana tidak boleh bergerak ke tempat lain. Pulang semula ke rumah salji masih tebal di sekitar rumah. Anak2 enjoyed pula main salji di rumah sendiri. Salji pada kali pertama turun lebat dlm satu hari tapi terus panas kemudiannya. Kali kedua 14 Ogos (semalam) sebaik selesai solat terawikh di Pusat Islam, salji turun dengan lebatnya. Bergegas kami pulang tapi di dalam perjalanan masih ada kawasan yang belum dituruni salji. Salji kali ini didahului dengan perubahan suhu yang agak ketara. Seminggu sejuk diikuti panas terik semalam dan tiba2 diikuti hujan batu di waktu tengah hari dan sekali lagi sebelum turunnya salji di malam hari. Kali ini diramalkan salji berlarutan sehingga Khamis dan mungkin disertai blizzard bermakna keadaan salji yang lebih teruk dengan disertai angin kuat dan boleh menghalang kejelasan penglihatan. Pada ketika ini kedengaran deruan angin dari celahan tingkap. Anak-anak yang agak kebal sedang berusaha mendirikan snowman. Yang lain2 menghabiskan masa dengan aktiviti indoor. Christchurch paralyse buat seketika. Sekolah, universiti, airport dan pejabat2 ditutup buat sementara sehingga diberitahu. Bekalan makanan telah kami dapatkan segera cuma roti saja gagal diperolehi. Mat Saleh kiwi dan Maori dah sapu habis semuanya. Diharap salji yang melanda hampir seluruh New Zealand pada tahun ini iaitu paling teruk selepas 16 tahun mampu kami lalui. Suhu ketika ini di bawah 1 darjah. InsyaAllah dengan heat pump kami bertahan. Moga tiada gangguan elektrik yang boleh menjejaskan tahap ketahanan kami. Salji yang terlampau berat boleh menyebabkan tiang elektrik tumbang. Itu yang ditakuti. Walaupun sebenarnya sudah pun masuk musim bunga tapi inilah New Zealand. Empat musim dalam sehari tidak mustahil seperti yang berlaku semalam. Apa2pun pengalaman ini adalah satu memori penuh bermakna buat kami sekeluarga.