Friday, December 12, 2008

Khabar Dari New Zealand!

Oleh Jaafar Md Napis
jaafar65@gmail.com

mail received on

Thursday,
December 11, 2008
2:25 AM


Assalamualaikum..

Kami disini semua sihat. Tengah tunggu waktu maghrib. Tadi telefon kak uda ,Cain dah operation petang semalam. Waktu ni nyah tunggu dia di wad. Mungkin dia kena tinggal 2/ 3 hari lagi. Tapi mungkin nyah tak berapa sihat sebab dia kata darah tingginya naik sikit. Cuma sesiapa yang jumpa nyah suruh dia pastikan makan ubat ikut waktu.

Kami di sini setiap masa dah mula sibuk sikit. Pagi 8.20 hantar anak Fikrie ke tadika Kidfirst sampai pukul 11.30 pagi kecuali rabu dan jumaat 12.30 t/h. Irdhina masuk 12.45 hingga 3.15 ptg. Alieya 9.00 pg hingga 3.00 ptg dan Afif masuk sek jam 8.45 pagi hingga 3.00 ptg. Di sini takkena bayar yuran sekolah sebab shidrah belajar PhD semua diberi. Cuma kena beli uniform agak mahal. Kalau Along skirt panjang 189 dolar n Zealand. Tapi boleh cari pakaian second hand. Di sini ada jual barang-barang murah masa hujung tahun atau di pejabat.

Tapi yang seronoknya di sini ada saja kawan-kawan yg buat open house. Kalau daging lembu sampai dah ada yang tak larat nak makan. binatang lebih banyak/ berjuta2 dari manusia. Hari raya haji baru ni pergi juga jalan-jalan rumah kawan-kawan sampai malam dan tak larat nak makan dibuatnya. Akhirnya rombongan tu sampai ke rumah kami. Jadi buat le nasi minyak segera bawa dr Malaysia dan masak nasi lemak tapi ikan bilis dari Chow Kit. Mereka kata sedap tambah pula ada ikan masin bulu ayam dan kacang kuda. Bersurai sampai pukul 11.00 mlm tapi sangat sejuk suhu 7 djh C campur angin kuat.

Keadaan rumah pula memang agak pelik di sini. Kalau anak ramai orang tak berapa nak bagi sewa. Tapi alhamdulillah sebab dtg dah hujung tahun dan pelajar univ. mula bercuti. Harga rumah pun dah mula murah tapi kena juga bayar 300 d nz seminggu. Dapat rumah agak luas kena potong rumput dan siram pokok-pokok bunga. Ada garage dan disebelahnya ada bilik tambahan dikenali sleepout. Ada stor barang dengan alat-alat merumput. Di sini tak ada jual cangkul, jadi kena guna skop aje. Kalau sejuk sangat kena guna heatpump yang panaskan rumah sama spt alat aircond. Tapi ada juga beli fin heater untuk guna di bilik. Ini beli murah 5 dolar aje masa Sunday Market. Perabut beli masa hari Sabtu kena baca dari akhbar dan tengok peta utk cari rumah yang jual barang yang perlu. Kalau orang china nak balik ada banyak brg jual. Kami jumpa cina dari Temerloh nak jual kerusi makan dan katil kena bayar 350 d nz. Mesin basuh beli dr org cina juga 100 d nz. Peti ais tengok dlm garage ada elok lagi cuci dan boleh guna.

Sekarang ni musim nak raya Krismas banyak jual murah yg jual. Kebanyakan brg dijual separuh harga. Itu sebab kalaunak beli barang kena tengok iklan yang dihantar ke rumah selalu. Coklat yg besar tu harga hanya 2.50 aje. Susu segar asli 2 liter hanya 2.60 dan selalu beli di kedai org India. Tadi beli ikan Soloman 2 ekor untuk dijamu masa abang Wahab nak dtg esok. Dia bertolak dr Australia jam 5.00 ptg dan tiba 11.00 mlm. Nak carikan kereta sewa 4wd sewa sehari 64 d nz. Mereka nak melancong agak jauh hingga Mount Cook . Tapi kamipun nak bercuti ke sebelah utara pulau ini tapi hanya berkhemah dgn kawan-kawan yang ada keluarga dr 24dis ni. . Nanti certa lagi. Kirim salam semua semoga sihat selalu.






2 comments:

Afni said...

Salam Ucu and family,

Seronok dengar khabar dari NZ.
Harap semua sihat.

Brg2 jual murah? Wah, best tu. nanti2 bolehlah kirim.

Updates dari SU,
Hari tu ada tanah runtuh kt SBCR - Rumah Teres mengadap bukit - masuk berita harian.

Updates dari Faridah Family,
Lin selamat diijabkabul dengan Faizal pada malam sabtu 12.12.2008 pada 9.15pm di Masjid Kempadang dengan 2 lafaz.

nanti update lagi.

Peny.

Anonymous said...

Assalamualaikum buat Ucu Apa & family.
Seronok nyer dengo salam dari NZ...bila la agaknya kami nie nak sampe????tak sampe kot...jauh sangat tu...anyway semoga Ucu Apa dan family akan sihat sejahtera dan dapat meneruskan perjalanan di NZ di bawah lindungan Allah S.W.T....Amin..

Tarikh 13/12/2008 Yong Biah (anak Pak Cik Tamam yang sulong ) telah selamat mendapat menantu dan majlis makan-makan diadakan pada 14/12/2008, dapat menatu orang Taman Dato' Harun....majlis kat pihak lelaki insyallah ada rezeki dan di panjangkan umur akan diadakan awal March 2008 (dalam 8/3/2009)..insyallah...kepada semua ahli keluarga jemput datang kalau terlupa nak menjemput bila tarikh tu sampai...jemput nie bagi pihak Yong Biah....stop kat sini dulu lah ya...JUMPA LAGI...WASSALLAM